Sunday, 29 January 2012

Cinta Mara Liner Seat 9A-9B.

Mara Liner Chini-KL,jam 8 pagi.

Hari terakhir cuti Tahun Baru Cina.Malas sungguh rasanya nak balik KL,tapi apakan daya cuti dah habis.Kena mengadap buku-buku pelajaran pulak since masa berlibur sakan dah habis.Bas pukul 8,pukul 7 lebih baru nak bangun.Kesat-kesat taik mata,then bersiap lebih kurang,pusing-pusing rumah dengan rasa sebak yang tiba-tiba datang,dan aku berlepas ke stesen bas;dengan menaiki motosikal ditunggang kakak aku.Haha.

Ramai jugak manusia yang nak balik KL ni rupanya.Mostly,perempuan.So,sebagai gentleman,ladies first yo.Seat aku 9A.Puas cari,rupanya seat yang kedua last.Teringat masa nak beli tiket hari tu,brother jaga kaunter tanya nak seat yang mana.Nak depan ke,tengah or belakang?Atau sebelah awek?Haha.Pandai beliau buat lawak.Rupanya masin sungguh mulut brother tu,dapat duduk sebelah awek.Cun pulak tu.Tapi part yang tak bestnya,dia ambil seat yang tepi tingkap.Ini sangatlah tidak cun since aku suka duduk tepi tingkap,melayan perasaan.Cis,nasib baik orangnya cun.Berbekalkan kesabaran yang ada,dengan penuh redha aku duduk seat satu lagi.Tiba-tiba..

‘’Ehem.Makcik nak tanya boleh tak nak tukar seat awak ni?Anak saudara dia ni tak biasa duduk jauh dari Mak Su dia.’’tanya seorang makcik yang entah datang dari mana,sambil tunjuk anak dia yang duduk dua tiga seat jauh dari aku.Aku pun terpinga-pinga lah.

‘’Eh,boleh je makcik.Nanti bas dah jalan,saya tukar lah’’jawab aku dengan senyuman;yang dibuat-buat.Takut sangat makcik tu.Tapi,makcik tu tak tahu bahawa ada seorang lelaki baik hati akan menjaga Mak Su tu sepanjang perjalanan.Kalau dia tahu,mesti dia tak risau.

Sepanjang bas bergerak,tak sepatah pun aku cakap dengan dia.Alah,aku bukan suka pun cakap dengan stranger.Lagipun,mana tahu suara dia garau macam lelaki.Aiyo,tak mahu aku.Bosan,aku pun buka beg,cari buku yang ada.Jumpa buku sejarah Kesultanan Melayu Melaka[kompak macam novel].Aku pun baca,sehelai demi sehelai.Dia pandang sipi-sipi.Alah,tahulah lelaki yang baca buku nampak hensem,kan? *Tiba-tiba*.Dalam setengah jam,habis 2-3 bab.Aku mengantuk,then aku tutup buku,selit dekat  container dekat seat orang depan,and terus tidur.

Masa berlalu cepat.Macam dengkikan aku dengan awek cun tu je.Bila bas dah sampai dekat Seremban,awek tu pun kemas-kemas barang dia.Aku yang terpinga-pinga baru bangun tidur,terus check-check kalau ada air liur basi selebet.Mana tahu kena baju dia.Haha.Nasib baik takde.

‘’Awak,tumpang lalu kejap.Nak turun dah ni’’kata si dia,sambil tersenyum.Perghhh,suara dia comel gila,sama macam tuan dia.Kalau aku tahu,dah lama aku ajak berborak.But,it's KALAU.Aku pun bagilah dia lalu.Sebak juga nak lepaskan dia pergi,walhal kenal pun tidak.Sebelum dia turun bas,sempat lagi dia jeling aku and senyum.Alahai comelnya.

Bas pun sambung bergerak,and aku terus ambil buku nak sambung baca.Bila aku selak bab Puteri Gunung Ledang,ada sekeping kertas tertulis;

‘’Nice book.Salam Perkenalan.017-xxxxxxx :)’’.

Lagu Marry You by Bruno Mars pun bermain di latar belakang otak aku.

[Peringatan:Cerita ini 90% berdasarkan kisah benar,10% lagi adalah dusta semata-mata]

No comments:

Post a Comment