Pagi itu cerah.Matahari
memancar sinarnya dengan sederhana,mendamaikan.Suhu di paras 25 darjah
celcius,sekaligus memudahkan aktiviti penduduk bandar Miami,Amerika Syarikat
yang sedang mengalami musim panas tersebut.Seorang lelaki pertengahan umur
bangun daripada lenanya yang dibuai mimpi indah.Sudah 3 hari dia tidak tidur
akibat daripada terpaksa menyelesaikan sebuah kes pembunuhan yang melibatkan
seorang pekerja kelab malam.Dan semalam baru selesai kesnya dan dia tertidur
dengan masih memakai pakaian kerjanya.Sedari itu,dia menghela nafas penuh
lega,gembira.
Alat kawalan jauh
televisyen diambil,dan dia menekan punat berwarna merah.Saluran televisyen
ditukar satu demi satu,sehinggalah terhenti di saluran CNN.Terpapar wajah
pembaca berita,seorang wanita Kaukasia,berambut perang,memakai blouse berona
merah yang sedang membicarakan tentang KONY.Pembaca berita bak bidadari itu
juga menyatakan kemungkinan pihak berkuasa negara akan campur tangan bagi
mengembalikan kestabilan negara Uganda yang sedang bergolak dengan masalah
pemberontakan itu.Lelaki separuh abad itu tersenyum.Dia masak benar dengan
permainan pihak berkuasa negaranya.
Sejurus
kemudian,televisyen memaparkan berita tentang pengganas di Perancis.Lelaki
pertengahan umur itu semakin berminat dengan berita yang sedang ditontonnya.Nama
pengganas tersebut adalah Gabriel Toulouse.Dia dikehendaki oleh pihak berkuasa
Perancis dan juga Interpol kerana disyaki bertanggungjawab terhadap pengeboman
dan juga rancangan serangan pengganas di serata dunia.Pihak risikan mengambil
masa bertahun-tahun untuk mengesan dimana dia berada,dan petunjuk terakhir
menunjukkan dia berada di sebuah hotel di Paris,mungkin dalam operasi keganasan
yang terbarunya.Seramai 300 ahli pasukan khas polis Perancis dikerahkan untuk
menangkapnya yang berada dalam sebuah hotel di pinggir bandar,dan pihak polis
sudah mengambil masa selama 36 jam untuk menangkapnya hidup-hidup.Namun
akhirnya dia dibunuh oleh penembak tepat yang mengambil posisi di bahagian atas
bangunan berhampiran.
Lelaki separuh abad itu
nampak tenang.Sambil menanggalkan kaca mata hitamnya,dia berkata dengan telo
Inggeris Amerikanya…
‘’Apparently,Gabriel
had nothing……….TOULOUSE.’’
No comments:
Post a Comment