Thursday 18 October 2012

Jamal.


Cuaca hari tu mendung,dengan awan gelap berarak perlahan.Bagai menunggu masa untuk memuntahkan hujan.Jam di dinding menunjukkan jarum 7 setengah malam.Jamal masih di meja kerjanya,berteleku menyiapkan laporan kerjanya untuk minggu itu.Sesekali jam dikerling,diselangi dengan hirupan kafein dari secawan Nescafe yang dibuatnya di pantri tadi.Bau dan rasanya menerusuk di setiap urat saraf,memberikan satu rasa yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.Ah,segar.

Rakan sekerja yang lain sudah lama balik.Ofisnya pun sudah gelap,hanya kubikel dia yang masih menyala lampunya.Sedang matanya tertancap di skrin komputer,memerhatikan nombor-nombor pengiraan kewangan syarikat,bahunya ditepuk.Berderau darah Jamal,mukanya pucat.Siapa pulak main tepuk-tepuk bahu ni?Dengan berhati-hati,dia memalingkan mukanya ke belakang.

‘’Hai Jamal’’tegur bosnya,seorang perempuan Cina berusia lewat 30-an.Mesra dipanggil Madam Wong.Sambil tu,mukanya mengukir senyuman.

‘’Cilaka punya bos.Mati-mati aku ingatkan hantu tadi.Nasib baik aku tak lempang je tadi’’monolog Jamal sambil memandang bosnya,dengan pandangan kekok disulami senyuman yang dibuat-buat bagi mengawal riak muka terkejutnya.

‘’Yes Madam.Ada apa?Saya ingatkan semua orang dah balik.Kenapa tak balik lagi?’’Jamal tanya Mdm Wong.Kepalanya dipusingkan mencari kalau-kalau ada lagi rakan sekerja yang tak balik,namun semuanya tiada.Hanya dia dan Madam Wong.

‘’I banyak kerja tadi.That’s why I tak balik lagi.Tapi,nak taknak I kena balik rumah awal hari ni.Tak baik for me to be outside of the house lama-lama.’’jawab Madam Wong.Sesekali jam di tangannya dibelek.

‘’You pegang kunci ofis.You tutup pintu,kunci semua,esok datang awal.I nak balik dah ni.Jangan lambat sangat balik tu.’’arah Madam Wong.Tangannya tangkas menyambar beg tangannya,lalu dia berlalu pergi.Lenggoknya dari belakang menyebabkan Jamal tak keruan.Adiknya mula buat hal.Jamal teguk liur,sambil urut dada.Sabar Jamal,sabar.Monolog Jamal buat Jamal.Bayangan Madam Wong hilang dalam kegelapan ofis yang lampunya dipadam.

Hujan mula turun rintik.Masa ligat berlalu,jam menunjukkan jarum 10.Jamal mengemas mejanya.Segala fail disusun,pen diletak dalam bekas berwarna biru.Usai segalanya,Jamal mengeluh lega.Biar senang hari esok.Bisik hatinya.Beg diambil,dia melangkah keluar.Tak sampai sepuluh langkah dari mejanya,tiba-tiba kedengaran mesin fotokopi berfungsi.Ah sudah!

Debar dia usah ditanya.Muka Jamal kering,pucat,bagaikan tiada darah sampai ke kepala.Nak toleh ke belakang atau tak?Jamal tanya diri sendiri.

’’Bodoh betul.Siapa pulak main fotostet malam-malam ni.Ish..’’Jamal teruskan langkahnya.Apa nak jadi,jadilah.Segala cerita hantu mengenai pejabatnya yang seringkali dijadikan modal bercerita ketika lunch hour bersama rakan-rakan sekerja,mula berkumandang semula.Kisah tukang cuci terjumpa kepala dalam tandas,kisah budak praktikal ternampak bayangan putih di pantry,dan bermacam cerita lagi diulang tayang dalam kepalanya.Jamal tenangkan diri dengan baca ayat suci yang terlintas di kepala,berterabur habis.

Pintu depan pejabatnya dikunci.Sambil tu,mata Jamal meliar memandang ke bahagian dalam,mencari kalau-kalau ada bayangan yang dikatakan rakan sekerjanya.Namun ianya tiada.Menyorok mungkin.Jamal ketawa kecil,berlagak berani kononnya.Ah,hantu setan ni bukan berani sangat.Muka dah lah buruk,patutlah taknak keluar masa orang nak sangat tengok dia.

Tangga dituruni.Pejabatnya yang berada di tingkat paling atas di bangunan pejabat 3 tingkat tu takde lif.Terpaksalah turun guna tangga,nasib baik 3 tingkat je.Kalau tinggi lagi,mampus nak turun lama-lama.Sampainya dia di parkir kereta,Jamal seluk poket.Kunci dikeluarkan,punat ditekan.Proton Wira tahun 2000 tu Jamal beli guna gaji bulanannya.Tak mewah,tapi bolehlah tampung hidup sebagai seorang bujang.Jamal bukan taknak kahwin,cuma jodohnya belum sampai.Mak di kampung dah mula bising,katanya umur anak lelakinya yang satu tu dah masuk lewat 20-an,tapi takde sorang pun yang melekat.Ah,cakap pasal jodoh,bukan manusia yang tentukan.Tuhan punya kerja,Dia tahulah segalanya.Jamal mengeluh kecil.

Kereta di jalan Ampang itu sedikit.Lengang,hanya ada sedikit manusia yang masih tak tahu apa nikmatnya berehat di rumah,terkinja-kinja di depan sebuah kelab malam.Radio dipasang,berkumandanglah lagu mengiringi Jamal sepanjang perjalanan ke rumahnya,di flat Desa Rejang,Setapak.Dalam perjalanan,Jamal teringat semula peristiwa yang berlaku tadi,di dalam ofisnya.Habis semua teori pasal hantu di Malaysia keluar berlegar dalam kepalanya.Apa yang dia tertanya-tanya adalah kenapa hantu seringkali diceritakan dan digambarkan mengikut budaya dan kepercayaan setempat.Kalau hantu Melayu,memang tak lari dengan pakaian putihnya,lambang kain kapan yang dikebumikan sekali bersama si mati.Kalau hantu omputih pulak,wajib pakai kot,pakai pakaian bila dia mati.Rasa macam tak logik pun ada.Macam mana pulak kalau hantu di Sarawak?Adakah hantunya bercawat?Kahkahkah.

Hujan masih turun,masih renyai dan tiada tanda-tanda akan berhenti dalam masa sejam dua ni.Jamal belok kanan,melepasi kolej pelajar UTM Kuala Lumpur yang berada bersebelahan dengan flatnya.Kereta diparkir,kemudian dia keluar.Dia berlari-lari anak,taknak kebasahan dek hujan rintik.Sampainya dia di blok J,dia bertembung dengan Pak Samad.Orang tua yang mesra,kadang-kadang seadakan jadi pengganti arwah ayahnya di meninggal masa dia kecil dulu.

‘’Baru balik Mal?’’tanya Pak Samad,sambil tersenyum.

‘’Aah,baru je ni haa.Pak Samad dari mana ni?balas Jamal,sambil memerhatikan orang tua itu atas dan bawah.Baru balik masjid gamaknya,tapi takkanlah sampai pukul 10 lebih?

‘’Pakcik ke surau tadi.Ada buat baca Yasin sikit.Biasalah,hari Jumaat kan.Lepas tu terus sambung dengan mesyuarat flat kita ni haa.Kan pakcik dah bagitahu hari tu,Mal tak ingat ke?’’ dahi Pak Samad berkerut.

‘’Laa,saya terlupalah Pakcik.Banyak sangat kerjanya tadi dekat ofis.’’ Jamal tepuk dahi.Macam mana boleh terlupa pulak ada mesyuarat jawatankuasa flat.Alahai.

‘’Takpelah,biasalah orang muda.Kerja banyak.’’balas Pak Samad,sambil tersenyum.Usai meminta diri,mereka bergerak ke arah yang berbeza.

Dalam perjalanan ke lif blok J,Jamal terbau sesuatu.Bau benda hangit,macam ada orang bakar sesuatu.Eh,bakar mende pulak hari-hari hujan macam ni?Jamal pusing sekitar lif,dan ternampak seorang nyonya tua sedang membakar sesuatu dalam bekas berwarna merah.Ada jugak makanan dalam pinggan-pinggan kecil,juga berwarna merah.Ada limau,ada ayam,ada pau.

‘’Eh,aunty buat apa ni?’’tanya Jamal sambil melihat nyonya tua tu bakar duit cina mati.Nyonya tua yang asyik dengan kerjanya,berpaling ke arah Jamal.

‘’Aunty buat kilija sikit.Nak bagi itu roh makanlah.Ini hali,hali hantu wo.Orang putih panggil itu apa..apa..hmm..haa gos pestivel.’’jawabnya dalam telo Bahasa Melayu Cinanya.

‘’Oh,Ghost Festival.Hari roh-roh keluar kan?’’Jamal terangguk-angguk faham.Nyonya tua itu mengiyakan.Teringat Jamal akan bosnya Madam Wong yang beriya-riya nak balik awal tadi.Patutlah.

Jamal kembali ke lif.Rumahnya di tingkat 19,tingkat kedua paling atas.Itupun rumah sewa,orang bujang macam dia mana mampu nak beli rumah lagi.Lif terbuka,hanya Jamal seorang yang ada.Dia masuk dan tekan nombor 19.Lif mula bergerak,sambil bergegar-gegar.Dah lama tak servis kot.Di tingkat 4,lif itu berhenti.Bila pintu lif terbuka,ada seorang amoi pakai baju warna merah,dan berskirt putih di depannya.Cantik.Rambutnya separas bahu,menutupi mukanya sedikit.Dia masuk ke dalam lif,dan menekan nombor 13.Bau wangi semerbak menerawang memenuhi ruang lif yang kecil tu.

Lif kembali bergerak.Jamal berdiri di sebelah kanan lif dan amoi tu di sebelah kiri.Masing-masing diam,membatukan diri.Lif masih mendaki tingkat,dan berbunyi-bunyi besinya sambil bergegar-gegar.Tiba-tiba di tingkat 13,lampu lif terpadam.Lif tersekat!Ah sudah!

Bau busuk yang entah datang dari mana,tiba-tiba menerusuk  ke dalam ruang rongga hidung Jamal.Kedengaran amoi di sebelahnya mula menangis,dan kemudiannya tiba-tiba ketawa kecil.Ah..ini sudah parah.Dalam kegelapan,Jamal meraba-raba dinding lif bagi mencari butang alarm,sambil mulutnya terkumat-kamit membaca ayat yang terlintas di kepalanya.

Hampir dua minit peristiwa itu berlaku,barulah lampu lif kembali terpasang.Jamal kuatkan semangat,dan toleh ke sebelah kirinya.Amoi tadi masih disitu,tertunduk.Pintu lif tiba-tiba terbuka,dan amoi tu mula bergerak keluar.Sebelum dia melepas pintu lif,sempat dikerlingnya Jamal dengan anak mata,sambil senyum.Lalu berlalu pergi.Bau busuk yang tadinya menerawang,pergi bersama amoi tersebut.

Jamal terperasankan sesuatu.Skirt amoi tersebut yang tadinya berwarna putih,kini dah bertukar kuning coklat.Ah,celaka!

Pesen tercirit dalam skirt rupanya!Patutlah ketawa menangis tadi,malu rupanya.Ini lagi teruk dari roh masa Ghost Festival gamaknya.Celaka!Celaka!

Jamal rasa dia nak usulkan perihal lif yang dah lama tak diservis tu ke mesyuarat flat akan datang.Menyusahkan betul.


by: Kuhaf.

Saturday 22 September 2012

Pindah.

Perpindahan ke wordpress. Maaf, jika aku punya waktu, akan aku coretkan sesuatu.

Thursday 23 August 2012

Tiga.




I just wish, there'll be someone who will be there, wiping away my tears, lend me his/her shoulders, and be the one who'll listen to all my words and stories


just like arwah Amer did :(

Monday 6 August 2012

Dua.

"..after he walked away slowly, my days feel empty.."

posted from Bloggeroid

Satu.

Kalau kau boleh buang aku dari alam maya,
Harap di realiti aku juga dilupa.



Walau aku tak rela.

posted from Bloggeroid

Eh.

Aku mahu yang terbaik untuk kau
Dan nampaknya
Kau pergi secara
Perlahan...



Semoga kau bertemu bahagia.
Aku jaga dari jauh ya :)

posted from Bloggeroid