Dari sosok tubuh panjangnya
kanan kiri langkahnya tenaga
siapa sangka
langkah itu tipu semata
dia derita
Dari indahnya renungan mata
iman goyah kalau ditatapnya
siapa sangka
malamnya dia bermandi air mata
dia derita
Dari galaknya suara tertawa
berirama ceria berlagu gembira
siapa sangka
disembunyikan duka lara
dia derita
Tapi jiwa perempuannya tidak mahu kalah
tidak mahu disindir lemah
tidak mahu terbongkang rebah
di hatinya terpahat gagah
menginjak hidup beralas tabah
dan lihatlah
dia masih tersenyum megah.
Didedikasikan untuk HA.
No comments:
Post a Comment